Maaf semua, baru hari nie diberi "mood" untuk update blog.. Hehehe....
.
Ikuti kisah perjalanan IUI ke-3 aku..
.
last update blog masa ambil darah CD21..alhamdulillah result darah utk CD2 & CD21 dua2 normal.
.
Untuk pengetahuan semua pada CD2 darah di ambil untuk check hormon FSH&LH manakala pada CD21 darah di ambil untuk check hormon Progesterone. Untuk aku nye semua result okay. **Fungsi2 hormon bole check di google k. :P
.
So next, suami kena buat sperm test. So pada 23 June, kami pegi Hospital Fatimah buat sperm test kat sana. Kena bayar sebanyak RM37.60. Result ambil dalam masa 3-5 hari. Nanti dia akan call bila result dah ready.
.
Kemudian, pada 3 Aug, aku jumpa semula Dr Tham untuk review semua result. Result sperm ada masalah sikit Dr kata, but still accepted. Dr advice beli supplement "Surbex Protect" untuk suami makan. So aku pun beli kat farmasi harga dia RM105. So, next temujanji aku adalah next period pada CD2 untuk buat TVS.
Surbex Protect |
.
CD2 aku jatuh pada hari ahad, jadi aku pegi hospital buat TVS pada CD3 iaitu pada 6th Aug. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: Small Folikel
Right Ovari : Unable to measure
ET: 4.2mm
CD2 kan, not much to expect. So Dr bekalkan aku Clomid 50mg/pil sebanyak 5 hari dan aku minta jugak folic acid.
.
10 Aug, CD7 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: 1x6.3mm; 1x7.2mm
Right Ovari: Unable to measure
ET: 5.0mm
.
14 Aug, CD11 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: 1x7.7mm
Right Ovari: 1x8.0mm
ET: 5.8mm
Aku nye telur nie sekejap nampak sekejap tak nampak..huhu.
.
16 Aug, CD13 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: 1x9.2mm
Right Ovari: 1x10.3mm
ET: 5.7mm
.
20 Aug, CD17 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: 1x14.1mm; 1x13.6mm
Right Ovari:1x18.8mm; 1x11.1mm
ET: 8.3mm
Akhirnya pada CD17 nie, telur dah membesar. Jadi Dr kata bole buat IUI. Alhamdulillah. So pada hari yang sama Dr terus bagi aku 3 kotak Duphaston dan kena pegi cucuk ubat pecahkan telur di Sunfert Ipoh. Dekat Hospital ipoh dah takde ubat tu.
.
Suntikan HUCOG buat di klinik Sunfert@Ipoh (Outsource Klinik luar)
.
Alamat:
No 2-35G & 2-36G, Festival Walk @Ipoh,
Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bistari,
31400 Ipoh, Perak
Tel: 05-5417603
.
Sunfert@Ipoh |
.
Jadi untuk suntikan tu aku kena bayar RM65 untuk harga ubat tu.
.
Kemudian Dr set kan aku buat IUI ke esokkan nya sebelah petang. Sebab kalau nak buat lusa dah start cuti Hari Raya Haji.
.
21 Aug, Selasa, 2pm, datang ke Daycare kat Hospital Ipoh untuk buat IUI. Pendaftaran buat IUI kena bayar RM23. Dulu tak kena bayar pun. Huhu..sekarang kena bayar pulak. Me is redha.
.
Proses IUI macam biasa, dah masuk kali ketiga, jadi aku tak lah nervous sangat. Cuma berharap IUI kali ni berjaya. Habis ja procedure IUI aku terus balik rumah rehat dan siapkan baju2 nak balik kampung suami untuk sambut raya Haji di sana. So, bermula lah mengira hari untuk buat UPT selepas 14 hari IUI.
.
Selesai IUI ke-3 |
.
04 Sept, DPIUI 14, aku test UPT, but result -ve. Hati sangatlah kecewa. adakah IUI kali ni gagal lagi. Period belum muncul, jadi aku masih menaruh harapan. Maybe jugak sebab consume Duphaston then period delay.
.
UPT -ve |
.
11 Sept, DPIUI 21, maka habislah Duphaston 3 kotak aku consume. Test UPT lagi, but still -ve. So aku dah Redha time nie.
.
14 Sept, DPIUI 24, CD43, ada brown spot. Tanda2 nak period. Huhuhu.
.
15 Sept, DPIUI 25, CD44, period is coming. Aku Redha Ya Allah. IUI kali nie gagal lagi. Hanya Allah je tahu apa yang terbaik buat aku.
.
So, aku decide untuk rehat dan tenangkan diri dulu. Untuk hospital kerajaan limit 3 kali IUI sahaja. Kemudian kena proceed IVF. InsaAllah moga ada rezeki kami.
.
Sekian dulu update saya.
salam sis..nak tnye klu buat iui ubat die tu mhl ke??
ReplyDeleteWkslm,, kalau buat kat swasta mahal jugak lah, bergantung pada ubat apa doctor prescribe utk awak. Saya buat dekat government. Doctor bagi ubat clomid 5 hari (Free). Cuma Hucog (utk pecahkan telur) RM65. Sebab GH ipoh dah takde ubat tu. Duphaston pun free.
Deleteoo yeke..sy buat kt hukm..die hantar ke MAC..dekat situ GL tak di terima..sy pn xtau kenapa..ptot la dengar ubt smpi 1k..buat masa ni doc blm suggest lg buat iui sbb sy bru 1st appoitment..baru lepas amik drh cd2,cd21 dgn hsg..hsg dgn amk darah cd2 free guna GL..cd21 kena byr..lps buat hsg doc ckp tiub belah kiri tersumbat..belah kanan je ok..hjg bln 11 baru 2nd appoitment..tu yg risau tu tkot byrn utk proceed iui tu terlalu mahal.
Deleteooo,,,macam tue. Saya pernah survey cost IUI below RM1k termasuk ubat kalau kat swasta. Saya doakan perjalanan TTC awak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Amin.
ReplyDeleteitu la..sy ingt lepas ni nak tukar ke hkl pulak..xpnh tau pulak bahagian mac dkt hukm tu swasta..sy pun doakan perjalanan TTC awk berjalan lancar dan dipermudahkan dan ada rezeki utk awk kali ni..smoga sy pun kuat mcm awk..😉😉🤗
DeleteBg yg lain,boleh cuba di LPPKN juga. Xsemahal hosp swasta yg lain sbb half government. Appointment pn cepat. Sbb ttc dl saya buat d hospital kerajaan. Yempoh menunggu lama sbb ramai. N saya berjaya hamil tp gugur. Jadi kali ni saya cuba di lppkn. Baru lpas suntik humog n pregnyl. Tp ssb satu je telur matang doc ckp xpyh iui lg,suruh try manually. Harap2 ada rezeki kami bln ni. Dan saya doakan untuk awak juga😊😊
ReplyDeleteBetul, LPPKN tak semahal hosp swasta. Semoga sis berjaya conceive kali nie,, saya masih mencuba.
DeleteThank you so much for sharing such an awesome blog...
ReplyDeletebest IVF centre
Best Fertility Specialist in Hyderabad
Top Laparoscopy Centre in Hyderabad
Best Fertility Centre In Hyderabad
Salam puan dh penah buat HSG ke? Sakit ke ya
ReplyDeleteWkslm, ye saya pernah buat HSG. Bagi saya dia takde lah sakit sangat,boleh tahan lagi. Dia bergantung pada masing2. :)
DeleteHai sis nk tnya, berapa total semua buat iui kt hospital fatimah
ReplyDelete