Sunday, January 17, 2016

2nd IUI

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan...aku nak update pasal 2nd iui pulak..

22 Sept 2015
***************
Setelah gagal dengan 1st IUI, aku dan suami ingin teruskan usaha dengan 2nd IUI pulak. Jadi, hari ni CD2, so ke hospital utk buat TVS. Dah selesai buat TVS tunggu pulak giliran untuk jumpa Dr Liza, biasanya tempoh menunggu ni dalam 30 minit mcm tu. Alhamdulillah tiba juga giliran aku, Dr Liza tengok result scan yg masa buat 1st IUI tu , dia cakap dinding rahim aku nipis dalam 5.1mm shj, normally untuk memudahkan atau menguatkan janin menempel at least kena dalam 8mm mcm tu. Huhu,,pasrah lagi. So, doc bagi aku  clomid lagi dan kali ni dia bagi ubat untuk cucuk bagi membantu menebalkan dinding rahim. Ubat mcm kat bawah ni yea. Nama ubat ni Foliculin. 



Ini antara peralatan yg diperlukan masa nak cucuk tue.















Ini pulak rupa ubat tue. Dia sejenis powder yg kena bancuh dengan menggunakan cecair yg dalam botol kuning tu. Bole guna dua hari satu botol. Maksudnya, setiap kali cucuk cuma ambil 5ml shj. Lebih simpan untuk guna keesokkannya pulak. Cucuk di perut iaitu dua jari dari pusat pada pukul 10 pagi. Ubat ni kena simpan dalam peti sejuk yg suhu antara 2-8 darjah celcius. So masa nak ambil ubat ni kat farmasi hospital aku kena bawa ice box okay, kalau tak nurse tak nak kasi ubat. 

Scary jugak bab cucuk2 badan ni. hehe, nasib baik suami berani tolong cucukkan. Sakit juga, terutama time ubat masuk tu. Sekejap je sakitnye, kemudian dah okey. Nak tak nak kena cucuk jugak kan. So aku kuatkan diri dan semangat. Face it..:)

28 Sept 2015
***************
Hari ni kena buat TVS lagi for CD8. So macam biasa, bila scan nampak telur sebelah kanan dah besar tapi belum cukup matang untuk persenyawaan. Jadi bila consult dengan Dr Liza, dia kata datang lagi untuk TVS on CD10. Untuk hari nie cuma buat scan shj. Tak perlu ambil ubat apa2. So, aku balik dan masuk ofis semula. Nasib baik bos perempuan, dan aku dah bincang dgn dia pasal usaha TTC aku ni, so dia suggest aku bole masuk lmbt. Sayang my boss sebab memahami. Hehehe..

30 Sept 2015
****************
TVS CD10. Yeay , telur dah cukup matang. So Dr Liza kata bole stop dah yg cucuk Foliculin tu. So, hari ni dia kasi ubat cucuk HCG pulak. Untuk pecahkan telur. Jdi sama seperti masa buat 1st IUI tu, mlm tu aku ke Hospital Cangkat Melintang untuk cucuk HCG. Ubat ni pun kena simpan ditempat sejuk jugak. Diambil 48jam sebelum buat IUI yea. 

2 Oct 2015
*************
My 2nd IUI is today! Sampai hospital pukul 8 pagi. Daftar di klinik Day care tu, kemudian bayar RM5 untuk pendaftaran. Tiba masa suami bagi sample. Kemudian kami pun pegi makan. Dalam sejam masuk balik ke klinik tu. Masuk dalam bilik yang sama mcm 1st IUI tu jugak. Baring atas katil dan tunggu Doc datang. Sementara tu sembang2 dengan nurse yg tengah buat preparation equipment untuk proses IUI tu. Kali ni nasib kami baik, dalam setengah jam Doc masuk. Alhamdulillah procedure berjalan lancar. Aku harapkan nie IUI yg terakhir buat kami. InsaAllah. Jadi bila dh siap kami pun balik, sama juga kena consume dhupaston 3 minggu. So, tibalah masa nye aku untuk menghitung hari. Setiap hari mengharapkan ada rezeki kami kali nie.

22 October 2015
********************
Hari ni genap 21 hari selepas IUI. Dah bole test UPT seperti yg nurse advice. Sebenarnya aku dah buat UPT test masa 14 hari tu. Resultnye -ve. Pasrah lagi. Tapi masih mengharap sebab belum period. So aku dah stop dhupaston. Namun hari ni, kami sekeluarga diduga lagi. Pergi nye abah ke rahmahtullah betul2 menguji ku. Pilu dan lara nya rasa dunia ni tanpa kedua2 ibu bapa ku. Aku sedih yg teramat, aku lupakan dulu pasal IUI aku nie. Hari2 berlalu kosong je rasa. Tiba CD41 aku period. Aku pasrah. Belum rezeki kami. Aku dan suami bersetuju utk rehat 2 bulan. Sambil2 berusaha secara natural...namun -ve jugak..pasrah ....

Faktor gagal: belum rezeki, belum rezeki, belum ada rezeki, sabar lah hati..

Terima kasih semua...nantikan update ku untuk 3rd IUI...InsaAllah..













No comments:

Post a Comment