Thursday, February 6, 2020

D&C , Laparoscopy & Minilab - dengan Prof Dato' Dr Hamid Arshad

Assalamualaikum..

Selepas Operation


Alhamulillah aku dah selamat menjalani pembedahan dan prosedur D&C , Laparoscopy & Minilab ni. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang tengah recovery. Jom aku ceritakan serba sedikit perjalanan sebelum pembedahan dijalankan.
.
3rd Feb 2020, Isnin
Hari ni aku dah kena masuk ward (sebelum pukul 5.00 pm). Bagi sesiapa yang belum tahu, klinik Dr Hamid ni di Taman Desa Medical Centre, Klang Lama. Masa daftar kena bawa medical card jika korang ada insurance, bawa surat yg doctor bagi dan bawa ic. Daftar dulu kat kaunter bawah tu dan baru nurse akan proses kan untuk kemasukkan ke ward. Aku dapat bilik single RM175/night. Jadi dapatlah husband temankan siang malam. :P 
.
Selesai masuk ward, nurse akan datang untuk check BP dengan check suhu badan. Nurse kata aku ada demam sikit dengan bacaan 37.8 darjah. Badan memang rasa seram sejuk tapi dah makan panadol malam sebelum tu. Mungkin jugak sebab cuaca panas kat luar, pastu tiba-tiba masuk ward sejuk kan. 
.
Dalam pukul 6.00PM doctor GA (General Anesthesia) datang untuk check tempat masuk ubat di tangan dan briefing serba sedikit berkenaan procedure bius nanti. Pastu aku kena sign satu form yang mengatakan kita faham yang doc GA tu explain. Jadi doc GA pun selesai tugas dia dan kata "see you tomorrow" ☺. Oh, by the way Doc GA kata aku kena start puasa pukul 7am esoknya. Sebab aku nye turn laps tu pukul 12.30pm. Time ni estimate sahaja, maybe lagi awal.
.
Kemudian dalam pukul 7.30pm ada nurse mai bagi ubat untuk bagi berak wei. Adoi. Ubat tu masuk kot lubang bontot tu. Sejenis cecair. Masuk je ubat tu terus rasa nak membuang. Tapi nurse pesan tunggu dalam 5-10minit baru pegi toilet. So aku kena tahan lah rasa itu. Lepas ja 10min terus clear segala dalam usus. Settle.

4th Feb 2020, Selasa ~ Operation Day
Dalam pukul 5.30am nurse datang check BP dan suhu badan. Alhamdulillah dah tak demam, BP pun cantik. Syukur sangat..Pukul 6am dah siap mandi. Pukul 6.30am boleh ambil light breakfast lagi. Minum air milo dengan biskut 3 keping. Pastu puasa dah. Hihi.
.
10.30am nurse datang minta tukar pakai baju bedah (yang ada tali ikat belakang). Bukak semua bra dan underwear. Kemudian nurse minta kita baring atas katil yang diorang bawak tu dan tolak aku ke OT. Husband muka sebak je melepaskan aku pergi,,ecehh.. Nasib baiklah aku tak teriak. Berdebar-debar je rasa. Dalam hati dok istifar dan berzikir tak berhenti. Sampai ja bilik OT aku ditempatkan di ruangan menunggu. Ada lagi seorang patient sebelum turn aku. Patient tu baring sebelah aku aje, tapi tak boleh nampak la, dipisahkan dengan kain langsir sebagai privacy. 
.
11.30am macam tu (aku agak ja ni, sebab tak nampak satu jam dinding pun kat sini) tibalah turn aku. Nurse (boy) mai kat aku, bacakan aku punya ic number, verify apa yang yg patut dan dia pun tolak aku masuk OT. Nervous giler wei..huhu.
.
Dalam OT, jumpa lah aku dengan Doctor GA tu lagi, dia pun cucuk jarum yang untuk masukkan ubat tu kat tangan kiri aku. Dah selesai tu, tangan kanan dibalut dengan BP punya measurement tu. (tak tau nama). Kat dada letak ECG punya detector untuk monitor jantung. Selesai tu, Doc GA tadi masukkan ubat melalui tgn yang dicucuk tadi, 3 jenis ubat kalau tak salah aku. Sebab 3 kali dia masukkan. Ubat yang ketiga tu, doctor kata pedih sikit, dia urut-urutkan tangan aku, sambil suruh aku mengucap. Sementara nurse tadi letak gas kat mulut aku. Selesai mengucap tu aku pening2 dan terus tertido.
.
1.50pm aku pun tersedar. Nurse panggil "Puan, Puan..",,mamai lagi masa tu. Bila dah sedar terus ku ucapkan alhamdulillah beberapa kali. Bersyukur masih dipanjangkan umur. Dah tu sakit pun terasa lah. Actually doctor dah drip kan ubat tahan sakit. So kalau sakit kena bertahan lah dulu. Huhu..so memang sakit sebab aku buat minilab tu. Dia cut dalam 3cm. Yang Laps tu 2 lubang aje tebuk.
.
2.30pm baru aku ditolak naik ward semula. Lama giler menunggu. Sebab takde nurse datang ambil. Maybe takde orang kot. Kesianlah husband aku, risau tahap apa la dia ye. 
.
Tibanya di ward, aku dah dipindahkan atas katil dalam ward tu. Gigih jugak lah gerakkan badan walaupun menahan sakit. Lepas nurse keluar, aku terus minta tolong husband papah aku nak ke bilik air. Rasa nak buang air. Percubaan pertama gagal nak bangun, pening-pening. Aku baring balik. Pastu 5 min kemudian aku cuba lagi, yes berjaya. Memang ada peningnya, tapi aku is gagah sebab tak tahan nak buang air. Dah tu nak buang air payah sikit, air tak mau keluar. Kena tunggu lama. Huhu, but finally i did it. Di tambah sekali pakej muntah. Ayoo,, 
.
Masa ni nurse kata jangan makan lagi, esok baru boleh start makan. Waaa..kena sambung puasa. So bila tak leh makan, maka takleh la nak makan ubat tahan sakit. Huhu..so tido la semalaman tanpa ubat tahan sakit. Aku rasa macam tak tido aje. Huhu,,,

5th Feb 2020, Rabu
Pukul 8am dah sampai breakfast, teruslah makan. Lepas tu baru dapat makan ubat. Alhamdulillah. Lega. Dapat tidur sekejap. Nurse datang check BP semua okay, dan inform boleh discharge hari ni. 
.
12.30PM Doctor Hamid datang melawat dan explain apa yang dia buat masa operation semalam tu.
.
1) Minilab - besarkan laluan rahim
2) Laparoscopy finding -  Endometriosis stage 1 ~ doc dah laserkan
3) D&C - cuci rahim
4) Tiub falopio - Okay. Takde blocking
5) Rahim kebelakang - Doctor dah jahit & tarik ke depan
.
Doktor kata lepas 3 minggu dah boleh bersama. :)
.
Lepas 2 minggu kena pegi mana-mana klinik utk check jahitan. Biasanya akan tanggal sendiri, kalau tak tanggal lagi maka kena minta doctor tolong tanggalkan. Begitulah..
.
Aku pun ada dapat email dari klinik Dr Hamid bagitau cara-cara pemakanan selepas pembedahan dan dah dapat tarikh temujanji iaitu 2 bulan lagi pada 6 April 2020.
.
Doktor Hamid juga bagi kata-kata semangat, minta aku cuba naturally lepas operate ni. InsaAllah bole mengandung dah. :). Terima kasih banyak-banyak doktor.
.
4.00PM dah boleh discharge. Sebab aku pakai insurance AIA memang lambat sikit. Kena tunggu final bill hospital submit kepada AIA dan tunggu AIA reply final amount yang cover.
Semua total RM12,568.00 dan alhamdulillah semua di cover oleh insurance. Syukur.
.
Singgah rumah MIL sekejap kat KL dan dalam pukul 6pm terus gerak balik Perak. 

Sekian dulu, doakan sis semoga dapat conceive lepas ni.
#fighter #ttc11y



Thursday, January 16, 2020

Welcome 2020 - Jumpa Dr Hamid Arshad

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga ke wawasan 2020 nie. :)
.
Perjalanan TTC aku masuk muka surat baru tahun ni. Ada ke kawan2 yang menantikan update dari blog aku ni. ekeke.. Tahun 2019 cuma tulis satu entry shj. Haha...sebab berhenti sekejap. Treatment dua tiga bulan aje, bila rehatkan diri tu sampai setahun, Gitu...teruk sangat gaya nya kan..
.
So, al-kisah. Pada 20 October 2019 aku ada pegi satu Talk, nama dia "Timang Talk" yang di organised oleh Kelab Timang. Talk tu terdiri daripada speaker yang hebat2 antaranya adalah  Prof Dr Hamid Arshad. Banyak ilmu yang aku dapat masa talk tu. Alhamdulillah pengalaman yang cukup bermakna. Dan yang bestnya dapat keahlian Kelab Timang secara percuma dan dapat kupon RM100. Kupon ni boleh tebus di Klinik Dr Hamid Arshad. Contoh jika first time visit klinik dah boleh guna, dia akan tolak RM100. Selain itu dengan adanya kad keahlian timang, akan dapat discount 10% off jika datang follow up treatment dgn Dr Hamid. Untung kan..
.
So, selesai Talk tu kami terus balik Perak. Actually, Talk tu di Bukit Jalil. Keesokkannya aku pun try call Klinik Dr Hamid, berpuluh-puluh kali call tak dapat, line busy. Mungkin ramai yang cuba call. Tanpa berputus asa akhirnya dapat tembus talian. Alhamdulillah setelah introduce diri dan cerita nak buat appointment dengan Dr Hamid, maka nurse situ pun set kan date iaitu pada 15 Jan 2020. Lebih kurang 3 bulan menunggu. Aku tak kisah sangat menunggu sebab dah biasa tunggu lama masa follow up di Hospital kerajaan sebelum ni. So sementara menunggu tarikh appointment tiba kita enjoy dulu. Hik Hik..
.
Selain daripada itu, kan aku dah pernah buat treatment dekat Hospital Ipoh, jadi semua sejarah treatment aku tu ada kat sana. Segala keputusan HSG, blood test, sperm test , IUI dan sebagainya ada sana. So, nak ambil semua summary tu sebagai bukti aku dah melalui rawatan-rawatan awal selain tak nak ulang balik dari mula kan. Aku pegi Hospital Ipoh dan jumpa nurse kata nak keluarkan summary rawatan aku tu. Nurse kata boleh, jadi aku bagi nama dan no telifon dan bila dah siap nanti Hospital akan call. Alhamdulillah lepas 2 hari dah boleh pegi ambil. Selesai satu step.
.

Tiba tarikh temujanji pada 15hb Jan 2020

Memandangkan jatuh pada hari rabu, jadi aku dan husband ambil cuti sehari. Masing2 malas nak drive, jadi kami pegi KL naik ETS dari Batu Gajah. Pukul 5am dari Batu Gajah sampai KL Sentral pukul 7.45am. Dari sana ambil grab car ke Medical Centre di Taman Desa. Sampai sana sekitar jam 8.30am. Terus ke klinik Dr Hamid, letak IC dan nanti nurse akan panggil untuk isi butiran diri dalam form, sebab kami 1st time kan.
.
Masa kami sampai tu dah ramai orang yg dah daftar lebih kurang 6 pasangan macam tu. Tak bersembang pun sebab masing2 datang dengan pasangan masing2, jadi bersembang dengan pasangan masing2 aje. hihik. Tak lama pun menunggu, kemudian nama aku pun di panggil untuk buat TVS. Selesai TVS tunggu lagi untuk giliran jumpa Dr Hamid pulak. Lebih kurang 15min macam tu, nama aku pun di panggil untuk jumpa Dr Hamid. 
.
Jadi masuklah kami berdua jumpa Dr. Selesai husband aku salam Dr, Dr terus kata, Lama jugak kamu kahwin ni. Ya Dr dah 11 tahun aku jawab. :) Pastu Dr terus terangkan result TVS aku tadi. Dr kata rahim aku ke belakang. Dr suggest aku buat Laparoscopy. Dr explain dia akan jahit untuk rahim kedepan akan cuci tiub dan buka kan laluan tiub. Lebih kurang macam tu lah penerangan dia. 
.
Name procedure seperti di bawah:



.
Itulah dia cadangan Dr. Jadi lepas tu kami terus setkan date untuk operation Laps tu.
Dapat tarikh 4hb  Feb 2020. Bersediakah aku? 
Berdebar je rasa hari demi hari. Harap dipermudahkan. 1st time nak operate wei. 
.
Selesai temujanji kami.
.
Bil seperti di bawah:
.
Registration: RM11.60
Consultation with Dr Hamid: RM200
TVS: RM100
=======
Total: RM311.60
Kupon Discount RM100
**Jadi aku bayar RM211.60 shj.

Okay sampai di sini dulu..nanti aku update lagi pasal Laps tu ye. Doakan aku ye.

#fighter



Wednesday, January 30, 2019

Welcome 2019

Assalamualaikum semua....

1st entry untuk tahun 2019. YEAY. Alhamdulillah masih di beri nafas sehingga ke hari ini. Dan masih ber TTC. Sekarang kami suami isteri dah putuskan untuk berhenti buat seketika rawatan dan follow up di Hospital. Selepas gagalnya IUI kali ke 3, memang rasa down sangat. Since everything is fine, mungkin belum rezeki kami. Redha dengan ketentuan Ilahi. So tahun ni, akan meneruskan rutin harian tanpa perlu memikirkan pasal rawatan dan tarikh2 temujanji. Hilang segala kekusutan. 
.
Insa-Allah..tahun nie come out with mission board seperti di bawah: 
.
.
.
Walaupun dah berhenti follow up Hospital, tapi usaha-usaha lain tetap di teruskan. Never give up okay. i) Folic Acid consume setiap hari, ii) Makan vitamin yg Viral Tun M makan tu, iii) Bersenam , iv) Kira waktu subur etc..
Semoga doa nak mengandung tahun 2019 di makbulkan Allah..amin. #baby2019
.
.
Tahun ni cadang nak travel ke beberapa tempat. 
i) Nak ke Krabi & Hat Yai
ii) Ke Desaru, Johor untuk family day sebelah suami
iii) Ke Pulau Langkawi, untuk family day sebelah aku
iv) Ke Pulau Pangkor, untuk family day officemate
InsaAllah...amin
.
.
InsaAllah dalam usaha tengah nak refinance rumah, bila dah lulus plan nak buat Umrah dan IVF. (Ini sekiranya refinance rumah berjaya,,hik hik)..doakan kami ye.
.
.
Kemudian nak turunkan berat badan. Sekarang berat dalam 60kg, so tengah usaha nak turunkan ke 50kg..chaiyokkk...
.
.
Saving 10k ni saving dalam ASB. Aku ada buat side income sikit, jadi memang duit side income masuk ASB sikit2. (Bukan ASB Loan ye). InsaAllah nak gandakan usaha untuk gandakan simpanan ni secepat mungkin. InsaAllah.
.
Itu shj mission aku dalam tahun 2019. Aku harap semuanya dapat dicapai..
.
Sekian dulu..

Tuesday, October 9, 2018

3rd IUI....

Assalamualaikum....

Maaf semua, baru hari nie diberi "mood" untuk update blog.. Hehehe....
.
Ikuti kisah perjalanan IUI ke-3 aku..
.
last update blog masa ambil darah CD21..alhamdulillah result darah utk CD2 & CD21 dua2 normal.
.
Untuk pengetahuan semua pada CD2 darah di ambil untuk check hormon FSH&LH manakala pada CD21 darah di ambil untuk check hormon Progesterone. Untuk aku nye semua result okay. **Fungsi2 hormon bole check di google k. :P
.
So next, suami kena buat sperm test. So pada 23 June, kami pegi Hospital Fatimah buat sperm test kat sana. Kena bayar sebanyak RM37.60. Result ambil dalam masa 3-5 hari. Nanti dia akan call bila result dah ready.
.
Kemudian, pada 3 Aug, aku jumpa semula Dr Tham untuk review semua result. Result sperm ada masalah sikit Dr kata, but still accepted. Dr advice beli supplement "Surbex Protect" untuk suami makan. So aku pun beli kat farmasi harga dia RM105. So, next temujanji aku adalah next period pada CD2 untuk buat TVS.


Surbex Protect

.
CD2 aku jatuh pada hari ahad, jadi aku pegi hospital buat TVS pada CD3 iaitu pada 6th Aug. Result TVS seperti di bawah:

Left Ovari: Small Folikel
Right Ovari : Unable to measure
ET: 4.2mm 

CD2 kan, not much to expect. So Dr bekalkan aku Clomid 50mg/pil sebanyak 5 hari dan aku minta jugak folic acid.
.
10 Aug, CD7 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:


Left Ovari:  1x6.3mm; 1x7.2mm
Right Ovari: Unable to measure
ET: 5.0mm
.
14 Aug, CD11 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:
Left Ovari: 1x7.7mm
Right Ovari: 1x8.0mm
ET: 5.8mm

Aku nye telur nie sekejap nampak sekejap tak nampak..huhu.
.
16 Aug, CD13 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:

Left Ovari: 1x9.2mm
Right Ovari: 1x10.3mm
ET: 5.7mm
.
20 Aug, CD17 datang lagi hospital buat TVS. Result TVS seperti di bawah:


Left Ovari: 1x14.1mm; 1x13.6mm
Right Ovari:1x18.8mm; 1x11.1mm
ET: 8.3mm
.
Akhirnya pada CD17 nie, telur dah membesar. Jadi Dr kata bole buat IUI. Alhamdulillah. So pada hari yang sama Dr terus bagi aku 3 kotak Duphaston dan kena pegi cucuk ubat pecahkan telur di Sunfert Ipoh. Dekat Hospital ipoh dah takde ubat tu.
.
Suntikan HUCOG buat di klinik Sunfert@Ipoh (Outsource Klinik luar)
.
Alamat:
No 2-35G & 2-36G, Festival Walk @Ipoh,
Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bistari, 
31400 Ipoh, Perak
Tel: 05-5417603
.
Sunfert@Ipoh

.
Jadi untuk suntikan tu aku kena bayar RM65 untuk harga ubat tu.
.
Kemudian Dr set kan aku buat IUI ke esokkan nya sebelah petang. Sebab kalau nak buat lusa dah start cuti Hari Raya Haji.
.
21 Aug, Selasa, 2pm, datang ke Daycare kat Hospital Ipoh untuk buat IUI. Pendaftaran buat IUI kena bayar RM23. Dulu tak kena bayar pun. Huhu..sekarang kena bayar pulak. Me is redha.
.
Proses IUI macam biasa, dah masuk kali ketiga, jadi aku tak lah nervous sangat. Cuma berharap IUI kali ni berjaya. Habis ja procedure IUI aku terus balik rumah rehat dan siapkan baju2 nak balik kampung suami untuk sambut raya Haji di sana. So, bermula lah mengira hari untuk buat UPT selepas 14 hari IUI.
.
Selesai IUI ke-3

.
04 Sept, DPIUI 14, aku test UPT, but result -ve. Hati sangatlah kecewa. adakah IUI kali ni gagal lagi. Period belum muncul, jadi aku masih menaruh harapan. Maybe jugak sebab consume Duphaston then period delay.
.
UPT -ve

.
11 Sept, DPIUI 21, maka habislah Duphaston 3 kotak aku consume. Test UPT lagi, but still -ve. So aku dah Redha time nie. 
.
14 Sept, DPIUI 24, CD43, ada brown spot. Tanda2 nak period. Huhuhu.
.
15 Sept, DPIUI 25, CD44, period is coming. Aku Redha Ya Allah. IUI kali nie gagal lagi. Hanya Allah je tahu apa yang terbaik buat aku. 
.
So, aku decide untuk rehat dan tenangkan diri dulu. Untuk hospital kerajaan limit 3 kali IUI sahaja. Kemudian kena proceed IVF.  InsaAllah moga ada rezeki kami.
.
Sekian dulu update saya.



Saturday, June 2, 2018

CD21 ~ Ujian Darah

Assalamualaikum,,,

Hari ni baru dapat update.. hee..CD21 pada hari Jumaat, 1 June 2018. Kali nie aku pegi pada sebelah pagi. Dalam pukul 8.30pagi dah sampai Hospital. Terus ke kaunter ambil darah. Lega no giliran tak jauh sangat. 



Urusan selesai dalam pukul 9.15 pagi. So, tunggu result dan next appointment jumpa Dr Tham pada 29th June 2018. 
.
.
Sekian Update..
.
Selamat Berpuasa Semua. :)




Tuesday, May 15, 2018

CD2 ~ Ujian Darah

Assalamualaikum,,,,
.
.
Semalam (14th May 2018, Isnin), aku ke Hospital semula untuk ambil darah. Sebenarnya smlm adalah CD3. Disebabkan CD2 jatuh pada hari Ahad, so aku datang pada CD3. (Atas nasihat misi).  Atas nasihat misi sebelum nie juga, dia suruh aku datang sebelah petang. Katanya tak ramai orang. So, aku decide datang sebelah petang. Dalam pukul 1pm bertolak dari rumah, sampai Hospital dalam pukul 2pm macam tu. Dua kali pusing cari parking. Lagi ramai dari sebelah pagi aku rasa. Parking yang paling jauh pun bole penuh. Huhuhu,,,dalam 15min cari parking, finally dapat jugak parking. Yeay, Rezeki aku. Tapi still kena jalan agak jauh. Begini lah keadaan di mana2 hospital kerajaan. Parking memang susah nak dapat. Ramai orang. Nevermind, face it je lah kan. 
.

So, bila dah sampai terus ke kaunter pengambilan darah. Bagi borang dan dapat no giliran. Wah,,



Nie la no giliran aku. Bersabar la menunggu. 



Dalam pukul 3.50pm, no di panggil untuk collect specimen bag nie. Tak lama lepas tu no di panggil lagi. Kali ni giliran untuk ambil darah. Sekejap je ambil darahnya. Menunggu tu yang lama. So aku memang hadap bab ambil darah nie. Tak takut sebab dah banyak kali ambil sebelum2 ni. Selesai tu, aku gerak terus balik office. Sampai office dalam pukul 5pm. Waaa...5.30pm dah balik rumah. Heee...
So next , ambil darah untuk CD21. Yeah. 
.
.
Jom rakan2 TTC semua, teruskan bersemangat okay. Jangan pernah berputus asa. Allah ada bersama kita. InsaAllah. Yakin dengan Allah. Kita adalah insan2 yang terpilih. 
.
.
Sekian dulu update untuk kali nie..










Saturday, April 21, 2018

Supplement ~ Vitex Fruit & OvaBoost

Assalamualikum . . . .
.
.
Pada 23 Mac 2018 hari tu aku ada order dua supplement online dekat www.iherb.com nie. Nama supplement tu Vitex Fruit dan OvaBoost (Gambar kat bawah). Semua nie di ship dari USA. Memang lambat sampai. Aku dapat barang nie pada 19th April 2018. Lebih kurang 3 minggu baru sampai..hihihi..



Vitex Fruit nie RM60.80 (320 capsules)




              

OvaBoost nie RM118.68 (120 capsules)

.
.
Tak ada sapa2 pun yang rekemen beli, saja tengok2 supplement yang ada kat website tu dan baca2 review,,terus beli. gituu,,,
.
.
Sapa2 nak baca review bole baca kat link bawah nie. Harap sedikit sebanyak dapat membantu..
.
.
.
.
.
.
Aku start ambil supplement nie pada 19th April 2018. 
Vitex ambil malam 1 biji dan tengahari 1 biji. (Lepas 12 minggu bole kurangkan dos kepada 1 biji sehari)
OvaBoost malam 2 biji dan tengahari 2 biji.
.
.
Setakat nie tak de rasa apa2 perubahan ketara sangat. Cuma OvaBoost akan bagi rasa mengantuk sikit. 
.
.
Sekian Dulu,,update setakat nie..