Selepas Operation |
Alhamulillah aku dah selamat menjalani pembedahan dan prosedur D&C , Laparoscopy & Minilab ni. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang tengah recovery. Jom aku ceritakan serba sedikit perjalanan sebelum pembedahan dijalankan.
.
3rd Feb 2020, Isnin
Hari ni aku dah kena masuk ward (sebelum pukul 5.00 pm). Bagi sesiapa yang belum tahu, klinik Dr Hamid ni di Taman Desa Medical Centre, Klang Lama. Masa daftar kena bawa medical card jika korang ada insurance, bawa surat yg doctor bagi dan bawa ic. Daftar dulu kat kaunter bawah tu dan baru nurse akan proses kan untuk kemasukkan ke ward. Aku dapat bilik single RM175/night. Jadi dapatlah husband temankan siang malam. :P
.
Selesai masuk ward, nurse akan datang untuk check BP dengan check suhu badan. Nurse kata aku ada demam sikit dengan bacaan 37.8 darjah. Badan memang rasa seram sejuk tapi dah makan panadol malam sebelum tu. Mungkin jugak sebab cuaca panas kat luar, pastu tiba-tiba masuk ward sejuk kan.
.
Dalam pukul 6.00PM doctor GA (General Anesthesia) datang untuk check tempat masuk ubat di tangan dan briefing serba sedikit berkenaan procedure bius nanti. Pastu aku kena sign satu form yang mengatakan kita faham yang doc GA tu explain. Jadi doc GA pun selesai tugas dia dan kata "see you tomorrow" ☺. Oh, by the way Doc GA kata aku kena start puasa pukul 7am esoknya. Sebab aku nye turn laps tu pukul 12.30pm. Time ni estimate sahaja, maybe lagi awal.
.
Kemudian dalam pukul 7.30pm ada nurse mai bagi ubat untuk bagi berak wei. Adoi. Ubat tu masuk kot lubang bontot tu. Sejenis cecair. Masuk je ubat tu terus rasa nak membuang. Tapi nurse pesan tunggu dalam 5-10minit baru pegi toilet. So aku kena tahan lah rasa itu. Lepas ja 10min terus clear segala dalam usus. Settle.
4th Feb 2020, Selasa ~ Operation Day
Dalam pukul 5.30am nurse datang check BP dan suhu badan. Alhamdulillah dah tak demam, BP pun cantik. Syukur sangat..Pukul 6am dah siap mandi. Pukul 6.30am boleh ambil light breakfast lagi. Minum air milo dengan biskut 3 keping. Pastu puasa dah. Hihi.
.
10.30am nurse datang minta tukar pakai baju bedah (yang ada tali ikat belakang). Bukak semua bra dan underwear. Kemudian nurse minta kita baring atas katil yang diorang bawak tu dan tolak aku ke OT. Husband muka sebak je melepaskan aku pergi,,ecehh.. Nasib baiklah aku tak teriak. Berdebar-debar je rasa. Dalam hati dok istifar dan berzikir tak berhenti. Sampai ja bilik OT aku ditempatkan di ruangan menunggu. Ada lagi seorang patient sebelum turn aku. Patient tu baring sebelah aku aje, tapi tak boleh nampak la, dipisahkan dengan kain langsir sebagai privacy.
.
11.30am macam tu (aku agak ja ni, sebab tak nampak satu jam dinding pun kat sini) tibalah turn aku. Nurse (boy) mai kat aku, bacakan aku punya ic number, verify apa yang yg patut dan dia pun tolak aku masuk OT. Nervous giler wei..huhu.
.
Dalam OT, jumpa lah aku dengan Doctor GA tu lagi, dia pun cucuk jarum yang untuk masukkan ubat tu kat tangan kiri aku. Dah selesai tu, tangan kanan dibalut dengan BP punya measurement tu. (tak tau nama). Kat dada letak ECG punya detector untuk monitor jantung. Selesai tu, Doc GA tadi masukkan ubat melalui tgn yang dicucuk tadi, 3 jenis ubat kalau tak salah aku. Sebab 3 kali dia masukkan. Ubat yang ketiga tu, doctor kata pedih sikit, dia urut-urutkan tangan aku, sambil suruh aku mengucap. Sementara nurse tadi letak gas kat mulut aku. Selesai mengucap tu aku pening2 dan terus tertido.
.
1.50pm aku pun tersedar. Nurse panggil "Puan, Puan..",,mamai lagi masa tu. Bila dah sedar terus ku ucapkan alhamdulillah beberapa kali. Bersyukur masih dipanjangkan umur. Dah tu sakit pun terasa lah. Actually doctor dah drip kan ubat tahan sakit. So kalau sakit kena bertahan lah dulu. Huhu..so memang sakit sebab aku buat minilab tu. Dia cut dalam 3cm. Yang Laps tu 2 lubang aje tebuk.
.
2.30pm baru aku ditolak naik ward semula. Lama giler menunggu. Sebab takde nurse datang ambil. Maybe takde orang kot. Kesianlah husband aku, risau tahap apa la dia ye.
.
Tibanya di ward, aku dah dipindahkan atas katil dalam ward tu. Gigih jugak lah gerakkan badan walaupun menahan sakit. Lepas nurse keluar, aku terus minta tolong husband papah aku nak ke bilik air. Rasa nak buang air. Percubaan pertama gagal nak bangun, pening-pening. Aku baring balik. Pastu 5 min kemudian aku cuba lagi, yes berjaya. Memang ada peningnya, tapi aku is gagah sebab tak tahan nak buang air. Dah tu nak buang air payah sikit, air tak mau keluar. Kena tunggu lama. Huhu, but finally i did it. Di tambah sekali pakej muntah. Ayoo,,
.
Masa ni nurse kata jangan makan lagi, esok baru boleh start makan. Waaa..kena sambung puasa. So bila tak leh makan, maka takleh la nak makan ubat tahan sakit. Huhu..so tido la semalaman tanpa ubat tahan sakit. Aku rasa macam tak tido aje. Huhu,,,
5th Feb 2020, Rabu
Pukul 8am dah sampai breakfast, teruslah makan. Lepas tu baru dapat makan ubat. Alhamdulillah. Lega. Dapat tidur sekejap. Nurse datang check BP semua okay, dan inform boleh discharge hari ni.
.
12.30PM Doctor Hamid datang melawat dan explain apa yang dia buat masa operation semalam tu.
.
1) Minilab - besarkan laluan rahim
2) Laparoscopy finding - Endometriosis stage 1 ~ doc dah laserkan
3) D&C - cuci rahim
4) Tiub falopio - Okay. Takde blocking
5) Rahim kebelakang - Doctor dah jahit & tarik ke depan
.
Doktor kata lepas 3 minggu dah boleh bersama. :)
.
Lepas 2 minggu kena pegi mana-mana klinik utk check jahitan. Biasanya akan tanggal sendiri, kalau tak tanggal lagi maka kena minta doctor tolong tanggalkan. Begitulah..
.
Aku pun ada dapat email dari klinik Dr Hamid bagitau cara-cara pemakanan selepas pembedahan dan dah dapat tarikh temujanji iaitu 2 bulan lagi pada 6 April 2020.
.
Doktor Hamid juga bagi kata-kata semangat, minta aku cuba naturally lepas operate ni. InsaAllah bole mengandung dah. :). Terima kasih banyak-banyak doktor.
.
4.00PM dah boleh discharge. Sebab aku pakai insurance AIA memang lambat sikit. Kena tunggu final bill hospital submit kepada AIA dan tunggu AIA reply final amount yang cover.
Semua total RM12,568.00 dan alhamdulillah semua di cover oleh insurance. Syukur.
.
Singgah rumah MIL sekejap kat KL dan dalam pukul 6pm terus gerak balik Perak.
Sekian dulu, doakan sis semoga dapat conceive lepas ni.
#fighter #ttc11y