Thursday, January 16, 2020

Welcome 2020 - Jumpa Dr Hamid Arshad

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga ke wawasan 2020 nie. :)
.
Perjalanan TTC aku masuk muka surat baru tahun ni. Ada ke kawan2 yang menantikan update dari blog aku ni. ekeke.. Tahun 2019 cuma tulis satu entry shj. Haha...sebab berhenti sekejap. Treatment dua tiga bulan aje, bila rehatkan diri tu sampai setahun, Gitu...teruk sangat gaya nya kan..
.
So, al-kisah. Pada 20 October 2019 aku ada pegi satu Talk, nama dia "Timang Talk" yang di organised oleh Kelab Timang. Talk tu terdiri daripada speaker yang hebat2 antaranya adalah  Prof Dr Hamid Arshad. Banyak ilmu yang aku dapat masa talk tu. Alhamdulillah pengalaman yang cukup bermakna. Dan yang bestnya dapat keahlian Kelab Timang secara percuma dan dapat kupon RM100. Kupon ni boleh tebus di Klinik Dr Hamid Arshad. Contoh jika first time visit klinik dah boleh guna, dia akan tolak RM100. Selain itu dengan adanya kad keahlian timang, akan dapat discount 10% off jika datang follow up treatment dgn Dr Hamid. Untung kan..
.
So, selesai Talk tu kami terus balik Perak. Actually, Talk tu di Bukit Jalil. Keesokkannya aku pun try call Klinik Dr Hamid, berpuluh-puluh kali call tak dapat, line busy. Mungkin ramai yang cuba call. Tanpa berputus asa akhirnya dapat tembus talian. Alhamdulillah setelah introduce diri dan cerita nak buat appointment dengan Dr Hamid, maka nurse situ pun set kan date iaitu pada 15 Jan 2020. Lebih kurang 3 bulan menunggu. Aku tak kisah sangat menunggu sebab dah biasa tunggu lama masa follow up di Hospital kerajaan sebelum ni. So sementara menunggu tarikh appointment tiba kita enjoy dulu. Hik Hik..
.
Selain daripada itu, kan aku dah pernah buat treatment dekat Hospital Ipoh, jadi semua sejarah treatment aku tu ada kat sana. Segala keputusan HSG, blood test, sperm test , IUI dan sebagainya ada sana. So, nak ambil semua summary tu sebagai bukti aku dah melalui rawatan-rawatan awal selain tak nak ulang balik dari mula kan. Aku pegi Hospital Ipoh dan jumpa nurse kata nak keluarkan summary rawatan aku tu. Nurse kata boleh, jadi aku bagi nama dan no telifon dan bila dah siap nanti Hospital akan call. Alhamdulillah lepas 2 hari dah boleh pegi ambil. Selesai satu step.
.

Tiba tarikh temujanji pada 15hb Jan 2020

Memandangkan jatuh pada hari rabu, jadi aku dan husband ambil cuti sehari. Masing2 malas nak drive, jadi kami pegi KL naik ETS dari Batu Gajah. Pukul 5am dari Batu Gajah sampai KL Sentral pukul 7.45am. Dari sana ambil grab car ke Medical Centre di Taman Desa. Sampai sana sekitar jam 8.30am. Terus ke klinik Dr Hamid, letak IC dan nanti nurse akan panggil untuk isi butiran diri dalam form, sebab kami 1st time kan.
.
Masa kami sampai tu dah ramai orang yg dah daftar lebih kurang 6 pasangan macam tu. Tak bersembang pun sebab masing2 datang dengan pasangan masing2, jadi bersembang dengan pasangan masing2 aje. hihik. Tak lama pun menunggu, kemudian nama aku pun di panggil untuk buat TVS. Selesai TVS tunggu lagi untuk giliran jumpa Dr Hamid pulak. Lebih kurang 15min macam tu, nama aku pun di panggil untuk jumpa Dr Hamid. 
.
Jadi masuklah kami berdua jumpa Dr. Selesai husband aku salam Dr, Dr terus kata, Lama jugak kamu kahwin ni. Ya Dr dah 11 tahun aku jawab. :) Pastu Dr terus terangkan result TVS aku tadi. Dr kata rahim aku ke belakang. Dr suggest aku buat Laparoscopy. Dr explain dia akan jahit untuk rahim kedepan akan cuci tiub dan buka kan laluan tiub. Lebih kurang macam tu lah penerangan dia. 
.
Name procedure seperti di bawah:



.
Itulah dia cadangan Dr. Jadi lepas tu kami terus setkan date untuk operation Laps tu.
Dapat tarikh 4hb  Feb 2020. Bersediakah aku? 
Berdebar je rasa hari demi hari. Harap dipermudahkan. 1st time nak operate wei. 
.
Selesai temujanji kami.
.
Bil seperti di bawah:
.
Registration: RM11.60
Consultation with Dr Hamid: RM200
TVS: RM100
=======
Total: RM311.60
Kupon Discount RM100
**Jadi aku bayar RM211.60 shj.

Okay sampai di sini dulu..nanti aku update lagi pasal Laps tu ye. Doakan aku ye.

#fighter