Wednesday, January 30, 2019

Welcome 2019

Assalamualaikum semua....

1st entry untuk tahun 2019. YEAY. Alhamdulillah masih di beri nafas sehingga ke hari ini. Dan masih ber TTC. Sekarang kami suami isteri dah putuskan untuk berhenti buat seketika rawatan dan follow up di Hospital. Selepas gagalnya IUI kali ke 3, memang rasa down sangat. Since everything is fine, mungkin belum rezeki kami. Redha dengan ketentuan Ilahi. So tahun ni, akan meneruskan rutin harian tanpa perlu memikirkan pasal rawatan dan tarikh2 temujanji. Hilang segala kekusutan. 
.
Insa-Allah..tahun nie come out with mission board seperti di bawah: 
.
.
.
Walaupun dah berhenti follow up Hospital, tapi usaha-usaha lain tetap di teruskan. Never give up okay. i) Folic Acid consume setiap hari, ii) Makan vitamin yg Viral Tun M makan tu, iii) Bersenam , iv) Kira waktu subur etc..
Semoga doa nak mengandung tahun 2019 di makbulkan Allah..amin. #baby2019
.
.
Tahun ni cadang nak travel ke beberapa tempat. 
i) Nak ke Krabi & Hat Yai
ii) Ke Desaru, Johor untuk family day sebelah suami
iii) Ke Pulau Langkawi, untuk family day sebelah aku
iv) Ke Pulau Pangkor, untuk family day officemate
InsaAllah...amin
.
.
InsaAllah dalam usaha tengah nak refinance rumah, bila dah lulus plan nak buat Umrah dan IVF. (Ini sekiranya refinance rumah berjaya,,hik hik)..doakan kami ye.
.
.
Kemudian nak turunkan berat badan. Sekarang berat dalam 60kg, so tengah usaha nak turunkan ke 50kg..chaiyokkk...
.
.
Saving 10k ni saving dalam ASB. Aku ada buat side income sikit, jadi memang duit side income masuk ASB sikit2. (Bukan ASB Loan ye). InsaAllah nak gandakan usaha untuk gandakan simpanan ni secepat mungkin. InsaAllah.
.
Itu shj mission aku dalam tahun 2019. Aku harap semuanya dapat dicapai..
.
Sekian dulu..