Post pertama pada tahun 2018..yeah,,Alhamdulillah..
Lamanya tak update post. So, today is the day. Setelah sekian lama berfikir, akhirnya aku buat keputusan nak sambung semula rawatan dengan Hospital Ipoh yang last aku follow up pada 2016. Wah,,hampir 2 tahun stop rawatan. Terbuka pintu hati ini nak sambung semula rawatan. Jadi, aku pun telefon klinik Pakar O&G di Hospital yang aku follow up dulu (Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh) tanyakan pasal boleh tak nak sambung rawatan semula. Susah jugak nak dapat call klinik pakar nie,,line telefon selalu busy. Finally, setelah cuba beberapa kali,,then dapat la aku bercakap dengan nurse Watie nama dia. Sangatlah baik, dia pun minta no Ic, since aku kata aku pernah buat rawatan dulu. So, dia check la guna no ic. Then, dia advice aku suruh ambil "referral letter" semula dari mana2 klinik kerajaan terdekat. Sebelum ni aku ambil referral letter dari Klinik Swasta bole aje. Tapi nurse tu kata start Tahun 2016 kalau ambil referral letter dari klinik swasta bole, tapi semua treatment kena bayar. Wahh,,,lama sudah berlalu, sistem pun dah berubah. So, no choice kena la pi ambil surat rujukan dari klinik kerajaan. By the way, nurse tu dah bagi siap2 tarikh appointment iaitu pada 20th April 2018, Jumaat. yeay.
So, hari nie (21 March 2018), aku ke klinik Kesihatan Tronoh nie (walk in aje, tiada appointment), kena bayar RM1 utk pendaftaran. Here dapat no giliran tak jauh sangat lah kan,,seronok rasa.
Mula2 masuk jumpa Penolong Pengawai Perubatan. So, aku ceritalah kisah TTC aku nie. So dia (lelaki) pun angguk2 tanda faham. Kemudian kena pi buat Urine Test utk check UPT. Padahal tengah CD5 period. Aku ikutkan aje lah kan. Maybe nak kan confirmation yang aku tak mengandung. Hihi..
Wah, what you expect?..hihi bekas gitu aje,,pakai buang. Kelakar rasa.. Dah selesai Urine test,,tadaaa ..keputusan seperti di bawah...suspen sangat kan..
Negative. Told u. :)
Kemudian, ambil result ni masuk ke bilik rawatan No.3 untuk jumpa Dr. Dah tu hampir sejam jugak tunggu baru dapat masuk jumpa Dr. Ambil berat dan tekanan darah semua. All okay Dr kata. Jadi Dr pun buat surat rujukan jumpa pakar O&G di Ipoh.
Surat Rujukan.
Inilah rupa surat rujukan tu, tulisan memang aku tak faham apa yang di tulis. Haha. Jadi, tunggu 20 April baru pegi ke Hospital Ipoh pulak.
Sekian dulu, nanti aku update lagi lepas appointment okay.
Terima kasih semua.