Monday, December 18, 2017

2017 di penghujungnya..

Assalamualaikum semua..

Kali terakhir update blog nie bulan July 2017.Ya Allah,,pejam celik pejam celik tahun 2017 dah nak habis. Hampir setengah tahun baru nak tambah lagi satu entry ni. InsaAllah yang terakhir untuk tahun 2017. Sepanjang 5 bulan menyepi ni aku tetap meneruskan perjalanan TTC. Di tambah lagi dengan dua org officemate disahkan mengandung anak kedua mereka. Waahh aku tumpang gembira dengan berita itu. Tahniah diucapkan. Semoga perjalanan kehamilan korang di permudahkan. Namun tidak lah dinafikan jauh disudut hati aku rasa cemburu sangat2. Sampaikan masa dapat tahu berita korang positif mengandung, aku ke toilet menangis sepuas2nya. Aku pun bingung dengan perasaan hati ketika itu, rasa pedih yang mendalam. Hampir seminggu moral down. Aku putuskan untuk move on. Aku kata dalam hati, jika tiada rezeki untuk aku ada anak aku redha Ya Allah. Aku Redha. Aku tahu Engkaulah yang sebaik2 Perancang dan Maha Mengetahui apa yang layak buat aku. Aku tetap berusaha dari segi pengambilan supplement. Pantang orang kata bagus mesti nak cuba. Hihi..




Nie Apricot Seed-B17 aku beli dari kakak aku, dia rekemen kata bagus untuk hormon dan ada testimoni berjaya hamil katanya. So aku beli 3 botol sekali dalam RM150.Satu botol ada 60 biji. Kena makan dua kali sehari. Sekali makan 4 biji. Kalau nak makan 3 biji pun bole. Jimat sikit. Huhu,,masa makan ni tak rasa apa2 perubahan sangat. Dan period datang macam biasa setiap bulan. Huhu,,maksudnya masih negatif la kan. So bila dah habis tiga botol, terus tak sambung beli dah. 

Lepas pada tu, terjebak minum air chia seed pulak. Haha,,dekat google search saja kebaikan chia seed, keluarlah pelbagai huraian berkenaan kebaikan chia seed nie. InsaAllah, kita amalkan saja, yang memberi tetap Yang Satu. Nie aku beli dari lazada je, brand OPIKA. Macam2 brand ada di pasaran. Minum ni akan membuatkan kita rasa kenyang. Bagus untuk yang nak diet. Bukan la kenyang sangat2, tapi bole la sekadar perut tak berbunyi kan. Lepastu bagus untuk yang mana ada gastrik. Dia sangat lah membantu. Aku biasanya akan ambil satu sudu kecil masukkan dalam bekas berisi air dalam 350ml dan biarkan dalam 30minit. Lepas tu baru minum. Elok amalkan waktu pagi dan malam. Terpulang kepada masing2 punya citarasa.




Selain tu,,acid folic tetap di hati. Selalu lupa nak restock acid folic nie. Hampir dua bulan aku tinggalkan acid folic. Nie baru nak start makan balik. Beli kat farmasi je,  3 keping rm3. Sekeping RM1=10biji. Tahan la untuk sebulan. Makan acid folic ni memang menambahkan selera makan. Moga aku kuat control nafsu makan ni. Berat pun makin bertambah dah nie. huhu




Sampai di sini saja entry terakhir untuk tahun 2017. InsaAllah 2018 akan ada sinar baru buat TTCian semua. Aku doakan semua sahabat TTCian teruskan usaha jangan mudah berputus asa, dan di kurniakan zuriat sendiri di tahun 2018. Amin.

Sekian dulu,