Tuesday, March 28, 2017

Natural Progesterone Cream



Assalamualaikum,,,

Dah lama rasanya tak update blog, namun perjalanan TTC ku masih diteruskan. Baru-baru nie aku ada pergi mengurut dengan sorang Mak cik nie atas recommendation seorang kawan. Masa sampai tu aku informed la makcik tu apa masalah aku (tak pernah mengandung).  Selepas tu, sesi mengurut pun bermula, dia urut perut shj,,mula2 agak geli,,lama2 okay. Tak rasa sakit sangat sebab aku dah pernah urut sebelum nie, jadi kalau sakit sikit2 tu tahan je la. Mak cik tu takde cakap apa2 pulak kot ada rahim senget ke,,bawah sangat ke. Banyak sembang benda lain dan aku pun tak tergerak hati nak tanya,,haha. Sepatutnya kena ulang urut 3 kali, tapi mak cik tu tak available pulak untuk hari seterusnya, sebab dia balik Pangkor, ada kenduri katanya. Jadi aku terpaksa tangguhkan hajat nak ulang urut sampai 3 kali. Sebab masa dua tiga hari lepas urut tu dah sampai DPO10,,so takut pulak sekiranya lekat kan,,tak sesuai la nak urut. So plan aku tunggu sampai next period baru urut balik. Macam biasa la period on time aja...huhuh..maksudnya belum ada rezeki kami..

Huhu,,berbalik pada topik entry nie. :) Kalau tengah2 free mesti aku akan baca masalah2 dan petua2 dari group DKH. Satu hari tu terjumpa la satu isu berkenaan Progesterone Cream yang membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan hormon Progesterone. Dulu aku pernah follow up dengan O&G dan teringat yg Doc tu kata aku punya Progesterone level rendah. So, nak try la beli cream nie. Terbaca satu komen yang mencadangkan beli dari satu website nie nama dia iherb. Product nie dari USA. Jadi shipping dia mahal skit. Harga detail seperti di bawah:

RM84.91 + RM17.98 (Shipping)= RM102.
89) * tertakluk pada kadar tukaran matawang

Bagi aku harga dia okay la, sebab ada ternampak seller Malaysia jual RM180 ke atas. Kalau beli barang dari oversea memang shipment akan ambil masa antara 2-3 minggu. Lepas kita bayar dia akan update tracking no. Diorang pakai DHL forwarder. Contoh email dia macam kat bawah nie, siap ada ETA lagi iaitu antara 22 March - 27 March. 

So, bila kita nak check tracking just click kat "Tracking Number" tu dan dia akan keluar detail shipment kita. Aku punya case shipment stuck kat satu status je (gmbr bawah). Setiap hari aku dok check status dan stuck kat situ like forever. So, aku buat keputusan tunggu je sampai ETA dia, kalau tak sampai jugak baru aku akan email DHL. 


Dan, finally posmen bawa satu kotak,,katanya nie dari USA nie kak,,so hati gembira sangat barang yang dinanti2 dah sampai pada 23hb March. Tak lari jauh dari ETA dia. So boleh dipercayai lah website nie kan. heeehee..berani ambil risiko, kalau barang tak sampai redha je la,hihi.. (bole tengok gambar2 di bawah)
Packaging Bagus, Kotak Tebal, Masih Sempurna masa delivery.
Keadaan di dalam kotak




Source Naturals, Natural Progesterone Cream, 4 oz (113.4 g)
Itulah rupa cream progesterone yang di maksudkan. Cara pakai dia sapu di tempat nadi dan kapilari darah, seperti pergelangan tangan, tumit kaki, siku dan belakang tapak tangan, 2 kali sehari. Di larang sapu ketika period yea. Aku sapu masa CD8. Mula2 sapu ada rasa perubahan juga,, badan jadi suam2 gitu. Normal sebab perubahan hormon kan. Aku ada jugak google mencari info lebih lanjut berkenaan cream nie. Kawan2 bole lah google untuk lebih info. 

Setakat ni shj entry nie yea.semoga ada manfaat dan menjadi panduan kepada kawan2 TTCian semua. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan segala-galanya..

Sekian,