Monday, December 18, 2017

2017 di penghujungnya..

Assalamualaikum semua..

Kali terakhir update blog nie bulan July 2017.Ya Allah,,pejam celik pejam celik tahun 2017 dah nak habis. Hampir setengah tahun baru nak tambah lagi satu entry ni. InsaAllah yang terakhir untuk tahun 2017. Sepanjang 5 bulan menyepi ni aku tetap meneruskan perjalanan TTC. Di tambah lagi dengan dua org officemate disahkan mengandung anak kedua mereka. Waahh aku tumpang gembira dengan berita itu. Tahniah diucapkan. Semoga perjalanan kehamilan korang di permudahkan. Namun tidak lah dinafikan jauh disudut hati aku rasa cemburu sangat2. Sampaikan masa dapat tahu berita korang positif mengandung, aku ke toilet menangis sepuas2nya. Aku pun bingung dengan perasaan hati ketika itu, rasa pedih yang mendalam. Hampir seminggu moral down. Aku putuskan untuk move on. Aku kata dalam hati, jika tiada rezeki untuk aku ada anak aku redha Ya Allah. Aku Redha. Aku tahu Engkaulah yang sebaik2 Perancang dan Maha Mengetahui apa yang layak buat aku. Aku tetap berusaha dari segi pengambilan supplement. Pantang orang kata bagus mesti nak cuba. Hihi..




Nie Apricot Seed-B17 aku beli dari kakak aku, dia rekemen kata bagus untuk hormon dan ada testimoni berjaya hamil katanya. So aku beli 3 botol sekali dalam RM150.Satu botol ada 60 biji. Kena makan dua kali sehari. Sekali makan 4 biji. Kalau nak makan 3 biji pun bole. Jimat sikit. Huhu,,masa makan ni tak rasa apa2 perubahan sangat. Dan period datang macam biasa setiap bulan. Huhu,,maksudnya masih negatif la kan. So bila dah habis tiga botol, terus tak sambung beli dah. 

Lepas pada tu, terjebak minum air chia seed pulak. Haha,,dekat google search saja kebaikan chia seed, keluarlah pelbagai huraian berkenaan kebaikan chia seed nie. InsaAllah, kita amalkan saja, yang memberi tetap Yang Satu. Nie aku beli dari lazada je, brand OPIKA. Macam2 brand ada di pasaran. Minum ni akan membuatkan kita rasa kenyang. Bagus untuk yang nak diet. Bukan la kenyang sangat2, tapi bole la sekadar perut tak berbunyi kan. Lepastu bagus untuk yang mana ada gastrik. Dia sangat lah membantu. Aku biasanya akan ambil satu sudu kecil masukkan dalam bekas berisi air dalam 350ml dan biarkan dalam 30minit. Lepas tu baru minum. Elok amalkan waktu pagi dan malam. Terpulang kepada masing2 punya citarasa.




Selain tu,,acid folic tetap di hati. Selalu lupa nak restock acid folic nie. Hampir dua bulan aku tinggalkan acid folic. Nie baru nak start makan balik. Beli kat farmasi je,  3 keping rm3. Sekeping RM1=10biji. Tahan la untuk sebulan. Makan acid folic ni memang menambahkan selera makan. Moga aku kuat control nafsu makan ni. Berat pun makin bertambah dah nie. huhu




Sampai di sini saja entry terakhir untuk tahun 2017. InsaAllah 2018 akan ada sinar baru buat TTCian semua. Aku doakan semua sahabat TTCian teruskan usaha jangan mudah berputus asa, dan di kurniakan zuriat sendiri di tahun 2018. Amin.

Sekian dulu, 








Thursday, July 13, 2017

Raya 2017 ~ masih berdua?

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin semua..persoalannya masih berdua ke raya tahun nie? Jawapannya...yea masih berdua ❤. Raya tetap raya kan, jadinya persiapan raya macam biasa, cumanya tahun nie aku dah kurang shopping online. Alhamdulillah berjaya menahan nafsu shopping. hihi..Tahun nie raya sebelah mertua di KL dulu, dan raya ketiga baru balik Kedah. 

Masa raya baru2 nie ada dua peristiwa. 
Peristiwa pertama; Ibu saudara sebelah suami (mak long) ada bagi petua untuk mengandung. Katanya jangan bercakap dengan suami malah dengan sesape pun tak leh bercakap selama 3 hari berturut2,,means kalau yg bekerja tu kena ambil cuti 3 hari... Lepas 3 hari tu terus bersama. Katanya petua nie ada disebut dalam Al-Quran. Aku pun tak pasti kesahihannya. Aku tak buat pun,,mana nak tahan tak cakap dengan suami kan. Mati kutu aku nanti.. Huhuhu..
Peristiwa kedua, masa raya kedua,, pegi beraya di Kuang, rumah saudara sebelah suami jugak.Baru je nak tarik kerusi nk hadap kuih raya, pastu ada la sorang nenek nie tanya, kau takde anak lagi ke? Aku jawab, "Belum". titik kat situ. Pastu dia tanya lagi dah berapa tahun kawen? Aku jawab, "8 tahun". titik. Pastu aku tengok riak wajah dia menjebik sambil pandang ke arah lain. Aku rasa nk blah je dari meja makan tu, tapi niat terbatal sbb kat meja tu ada mak mertua aku. Mak mertua aku pun balas kat nenek tu, belum ada rezeki diorang lagi..hurmm. Dah hampir tersentap kat situ, tapi aku buang jauh2 rasa tu sebab mak mertua aku baik hati. Aku harap sangat mak mertua aku tolong doakan supaya kami dikurniakan zuriat. Hanya menumpang kasih mak mertua aje nie. Mak sendiri telah lama pergi..huhu...rindu mak..al-fatihah..ini ujian kami suami isteri. Aku kena KUAT!

Baru2 nie, dapat berita kawan office pregnant, dia baru je kawen sebulan. Alhamdulillah rezeki dia. Jauh disudut hati aku terasa pedih, cemburu, macam2 perasaan bercampur baur. Nampak buku pink dia pun rasa nak nangis. Kadang2 bila bercakap dgn dia mata nie asyik nak tengok perut dia je..haishh...
Semoga dia dan baby selamat sentiasa dan semoga Allah makbulkan doa kami jugak suatu hari nanti. Amin..

Sekian
Wassalam,,

Tuesday, March 28, 2017

Natural Progesterone Cream



Assalamualaikum,,,

Dah lama rasanya tak update blog, namun perjalanan TTC ku masih diteruskan. Baru-baru nie aku ada pergi mengurut dengan sorang Mak cik nie atas recommendation seorang kawan. Masa sampai tu aku informed la makcik tu apa masalah aku (tak pernah mengandung).  Selepas tu, sesi mengurut pun bermula, dia urut perut shj,,mula2 agak geli,,lama2 okay. Tak rasa sakit sangat sebab aku dah pernah urut sebelum nie, jadi kalau sakit sikit2 tu tahan je la. Mak cik tu takde cakap apa2 pulak kot ada rahim senget ke,,bawah sangat ke. Banyak sembang benda lain dan aku pun tak tergerak hati nak tanya,,haha. Sepatutnya kena ulang urut 3 kali, tapi mak cik tu tak available pulak untuk hari seterusnya, sebab dia balik Pangkor, ada kenduri katanya. Jadi aku terpaksa tangguhkan hajat nak ulang urut sampai 3 kali. Sebab masa dua tiga hari lepas urut tu dah sampai DPO10,,so takut pulak sekiranya lekat kan,,tak sesuai la nak urut. So plan aku tunggu sampai next period baru urut balik. Macam biasa la period on time aja...huhuh..maksudnya belum ada rezeki kami..

Huhu,,berbalik pada topik entry nie. :) Kalau tengah2 free mesti aku akan baca masalah2 dan petua2 dari group DKH. Satu hari tu terjumpa la satu isu berkenaan Progesterone Cream yang membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan hormon Progesterone. Dulu aku pernah follow up dengan O&G dan teringat yg Doc tu kata aku punya Progesterone level rendah. So, nak try la beli cream nie. Terbaca satu komen yang mencadangkan beli dari satu website nie nama dia iherb. Product nie dari USA. Jadi shipping dia mahal skit. Harga detail seperti di bawah:

RM84.91 + RM17.98 (Shipping)= RM102.
89) * tertakluk pada kadar tukaran matawang

Bagi aku harga dia okay la, sebab ada ternampak seller Malaysia jual RM180 ke atas. Kalau beli barang dari oversea memang shipment akan ambil masa antara 2-3 minggu. Lepas kita bayar dia akan update tracking no. Diorang pakai DHL forwarder. Contoh email dia macam kat bawah nie, siap ada ETA lagi iaitu antara 22 March - 27 March. 

So, bila kita nak check tracking just click kat "Tracking Number" tu dan dia akan keluar detail shipment kita. Aku punya case shipment stuck kat satu status je (gmbr bawah). Setiap hari aku dok check status dan stuck kat situ like forever. So, aku buat keputusan tunggu je sampai ETA dia, kalau tak sampai jugak baru aku akan email DHL. 


Dan, finally posmen bawa satu kotak,,katanya nie dari USA nie kak,,so hati gembira sangat barang yang dinanti2 dah sampai pada 23hb March. Tak lari jauh dari ETA dia. So boleh dipercayai lah website nie kan. heeehee..berani ambil risiko, kalau barang tak sampai redha je la,hihi.. (bole tengok gambar2 di bawah)
Packaging Bagus, Kotak Tebal, Masih Sempurna masa delivery.
Keadaan di dalam kotak




Source Naturals, Natural Progesterone Cream, 4 oz (113.4 g)
Itulah rupa cream progesterone yang di maksudkan. Cara pakai dia sapu di tempat nadi dan kapilari darah, seperti pergelangan tangan, tumit kaki, siku dan belakang tapak tangan, 2 kali sehari. Di larang sapu ketika period yea. Aku sapu masa CD8. Mula2 sapu ada rasa perubahan juga,, badan jadi suam2 gitu. Normal sebab perubahan hormon kan. Aku ada jugak google mencari info lebih lanjut berkenaan cream nie. Kawan2 bole lah google untuk lebih info. 

Setakat ni shj entry nie yea.semoga ada manfaat dan menjadi panduan kepada kawan2 TTCian semua. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan segala-galanya..

Sekian,




Saturday, January 7, 2017

Welcome 2017 (8Years TTC)

Assalamualaikum,,,

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!

Alhamdulillah dah masuk Tahun baru 2017. Dah masuk 8 tahun usia perkahwinan ku. Masih setia menanti kehadiran si kecil dalam keluarga kami. Masa December 2016, sempat la aku merasa lewat period 5 Days, hati dah berbunga, ingat dah +ve. Namun, period datang jugak on CD33 (Normal period CD27/CD28). Aku redha...usaha mesti diteruskan.
Januari period datang macam biasa, on time on CD27. So, dalam waktu period nie aku minum susu kambing Lazz dan makan buah kiwi. Juga tak lupa acid folid (Brand Appeton). Semoga tahun 2017 ada rezeki kita semua..

Amin..

TQ