Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum...

Hari nie period CD5..
Sejak join group fb nie DKH banyak benda baru yang aku belajar. Dulu bila on clomid, dinding rahim akan jadi nipis (info from Dr Liza). Sekarang dah tak makan clomid, dah lama stop sejak 2nd IUI itu hari. Aku banyak cari info tentang makanan/suplemen yang bole membantu menebalkan dinding rahim. Terima kasih kawan2 di DKH yang sudi kongsikan info. Ramai cadangkan minum jus delima, lagi fresh lagi bagus. So aku pun beli kat Tesco buah delima nie,,aku beli 7 biji, Harga RM4.99/biji. Buah kecil aje, harga tak padan dengan size,,redha je lah..:-)


Ni dah basuh, tunggu nak di belah dan leraikan biji2 dia..


Nie hasil nya untuk 3 biji buah delima tadi..
Ready untuk di blend..aku pakai blender biasa je..

Dah siap,,tapis yea untuk dapatkan jusnya. Hampasnya boleh buang..
Boleh la satu gelas (475ml),
minum separuh dan separuh lagi untuk esok..

Aku start minum pada CD02, stok buah dah habis dalam peti ais nie,,hmm,,esok kalau rajin singgah Tesco beli lagi..huhu..

Selamat mencuba,,lagi senang bole beli pati delima gulsan, ramai kata Ok..

Sekian dulu, semoga usaha kita membuahkan hasil, insaAllah..





Berurut Dengan Ustaz Salleh

Assalamualaikum,,

Lama menyepi, tiada masa nak update kat sini. Pun begitu usaha TTC sy masih berjalan seperti biasa.
Pada 23hb July 2016, aku dan suami ada pegi jumpa Ustaz Salleh. Utk yg TTCians mesti tahu sape Ustaz nie. Dia tukang urut tradisional, jadi viral nama dia sebab ramai yg berjaya hamil selepas jumpa dia. So, memandangkan mak mertua aku org KL, so tak de masalah lah nak jumpa Ustaz nie. Bila balik KL terus gi jumpa Ustaz nie. Pegi pukul 4.00 ptg ambil no, aku dapat no 12. Pastu balik rumah dulu, kemudian pukul 8.00 malam baru start sesi perubatannya. Kami nie pertama kali nak jumpa Ustaz nie, so tak terfikir pulak untuk datang lambat skit. kami sampai depan rumah Ustaz tu pukul 8.00 mlm tepat padahal gilirin no 12. hahaha.. Rupanya kalau nombor 12 ni bole je datang dalam pukul 11 mlm gitu, sebab setiap org dia berubat antara 20min - 60 min, bergantung pada masalah masing2. Huhuh,,tunggu lah dengan sabar, akhirnya turn kami pukul 12.00 malam,,hahaha,, Sebelum masuk jumpa Ustaz, utk pasangan yg nak usaha dapat zuriat dikehendaki isi borang, tulis nama isiteri dan suami. Dah masuk dalam bilik tu, bagi kat ustaz borang tu, Ustaz pun baca lah doa utk "scan" masalah suami isteri. Suami aku takde masalah apa kata Ustaz tu, cuma aku Ustaz kata rahim senget ke kiri, pastu urat period bengkak. So dia dah betulkan. Sebelum urut dia hampar towel atas perut, kemudian pakai glove. Sakit jugak masa dia urut tu, Tepuk2 je nampak, tapi sakit. Ada rasa perubahan pada rahim aku masa tu. Dalam 20 min je pastu siap. Dia bagi ubat jamu ajaib utk suami dan minyak kelapa dara kat aku. Bayaran terpulang pada kita nak bagi berapa. Alhamdulillah semua nya selesai,, aku balik rumah terus tido, sakit kat rahim masih terasa. Mak mertua panggil tengok TV pun aku tak layan dah..hahaha,,apa nye menantu da...berusaha selagi mampu, hanya Allah yang menentukan. InsaAllah..

Nie Ubat Tue,,RM60 Jamu Ajaib & RM50 VCO

Ini waktu perubatan

Ini alamat nya..

Semoga Usaha Kita Semua Membuahkan Hasil suatu hari nanti..InsaAllah..

Sekian,,