Tuesday, March 8, 2016

Percubaan pertama guna CP (Conceive Plus)

Assalamualaikum...
Hari ni ada kerajinan pulak nak update sedikit berkenaan perjalanan TTC aku.
Untuk cycle yang lepas aku guna dua kali shj CP ni. Pilih hari2 yang subur sahaja,,haha nak jimat konon. Sebab mahal CP nie,,huhu,,so aku pilih pada hari ke-12 dan ke-14.
Namun percubaan pertama kami gagal. Huhu.. aku period pada CD-28. On time je mr P ni kan...kecewa lagi. Tanya suami, ada sama nak follow up dengan gynea ke tak, suami kata nanti dulu lah..huhu aku ikut je. So selepas habis period ni, tunggu waktu subur dan guna CP semula. Harap ada lah hasil yang positif nanti.

Yang penting jangan berhenti mencuba, kerana masa tak pernah berhenti, umur dah meningkat tua, risau nye rasa..

Sekian semua..
Nantikan update saya lagi..